Basic ICT, PC Hardware, E-Learning & Advokasi

11 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Basic ICT, PC Hardware, E-Learning & Advokasi di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Dalam kelas ini, Encik Kalom Ak Sepen atau dikenali dengan nama Tuai Rumah Kalom diajar menggunakan Laptop dan Printer yang baharu di beli beliau. Dalam kelas ini juga, Tuai Rumah Kalom diberi taklimat secara ringkas asas menggunakan laptop seperti penggunaan menaip, on/off dan lain-lain lagi. Tuai Rumah Kalom juga diajar menggunakan printer seperti mencetak dan fotokopi setiap kerja yang beliau lakukan.

Selain penggunaan laptop dan printer, Tuai Rumah Kalom juga diajar menggunakan perisian seperti FoxicPDF, Canva, Window Movie Maker dan penggunaan broadband untuk melayari internet.

Kelas ini bermula pukul 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari selama 4 jam merangkumi aktiviti taklimat advokasi secara ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali